Sunday, April 8, 2012

LIFE AFTER RESULT SPM?

Assalamulaikum, people. Bukan people jangan aa. Hahaa. Sorry lah aku nih mmg malas nk meng-hupdate blog nih. Akummg jarang update blog. Malas, asyik tweet tweet jea keje aku. Al maklumlah, dah mula gian kat Twitter nih. Dulu asyik Facebook jea. Now Facebook mcm boring bagi aku. Kat Twitter macam macam aku bole tweet. Bolw re-tweet org punya tweet yang sedap sedap, yang bg inspiration, bg nasihat, dan banyak lagi lah. Kalau Facebook, kita letak belum tentu org LIKE kan, hahaha.
Batak LIKE kahh?
Hahaha. Kat Twitter nih aku nk tweet apa pun sukati. Org tak bole LIKE, tapi bole RE-TWEET. Dan, yang lagi best, Twitter TAKDE GAME REQUEST. Menyampah kot. Aku taknak main game laaa. Game tu takpe lagi. Kalau yang quiz la, apa laa, sorry aku tak layan. Jenuh aku nk ignore request satu satu. Phewwww.

Okayyy, act, bukan nak citer pasal TWITTER. Cuba lihat tajuk post ini kembali.

LIFE AFTER RESULT SPM?
Apakahhh? Okay. Kalau dulu aku tertanya tanya result
SPM brp, takut la apa laa. Now aku lagi takut. Sbb tak tahu la dapat ke tak tawaran mana mana universiti, matrik ke. Tapi, kalau boleh aku taknak matriks kot. Susah. Lagi pun aku dah berjanji tidak akan melibatkan diri dlm "SCIENCE" lagi dah. Serik. Even result aku for subject Sains bole dikatakan okayy laaa (bajet) tapi aku taknak doo. Seksa laa. Baik aku amik kemahiran jea.

So hari tu UPU aku apply Diploma Seni Reka kat UiTM. Dan ada la lain lain tapi malas dinyatakan di sini. Aku nih act takde la brp sgt pandai edit gambar. Photography? Kamera digital pun takdekk. DSLR? Apatah lg. Hanya bole harapkan kamera phone. 3.2MP sahaja. Bukan 12MP. Huhuhh.

So, aku ingat nk amik jgak Seni Reka nih. Aku dgr ada interview. Dan itu yg membuatkan aku takut lagi. Takut tak pass plak interview, terus tak layak amik Diploma Seni Reka. Ohh tidakk. Minta simpanggg.

Hari tu juga aku pegi PWTC. Ada program "Jom Masuk U" under KPM. Aku pun pegi laaa, sorang sorang pulak tu. Ye laa takde sape nk diajak pegi bersama. Semua busyyy. Takpe aku dah biasa. Cuma nih first time aku kuar sorang kayy? Selalu berteman. Hahaha bila lagi nk berdikari kann? LOL.

So,aku gerak la dlm pukul 10. Then ohh shit aku lupa jenjatas kat Tasik Selatan tu dah roboh nak buat apa lg tahh. So aku gerak jauh punya. Pegi LRT Sungai Besi. Ohh best! Heaven gila jalan kaki jauhh jauhhh pegi pekan Sungai Besi. Hadohh bermandi peluh jap, lagi lagi aku duk rumah nenek aku tak pnah nk mengeluarkan peluh, hah nah kau ambekkk sekali jauh aku jalan hahaha. Dan, yang buat aku nak tergelak, aku baru tau yang tiket LRT dah tak pakai ehh. Rupanya pakai token skrg. Hadohhhh kena beratur plak ramai org kot. Sure nk pegi PWTC.

Okayy, matlamat aku nk pegi situ sbb nak tanya maklumat pasal interview kat UiTm tu. Lagi satu, nk usha usha Universiti lain mana tau sangkut ke hahha. Penta berjalan, dah la panas kat dlm tu sbb ramai gilak org. Then dlm sejam aku berlegar legar dlm tu aku tak jumpa pun booth UiTM. Ehh takde ke atau aku yg buta tak nmpak? So aku pusing lagi sekali. Then, nampak pun! Aku pun tanya. Bla bla bla dan aku dapat goodies bag, pen, bukunota dan apa ntah lagi. Universiti swasta pun ada semak kat situ.

Aku balik around 12 jugaklah. Kejap je kan? Sebab aku sorg sorg kot. Cepat boring. So time aku nak balik tu singgah mall kat situ. Pegi McD beli McFlurry jea. Then makan sorg sorg dan beli token balikk. Tu jea.

Dan, aku buat kerja gila. Aku rasa awal sgt kalau aku balik rumah. So aku stop kat LRT Tasik Selatan, aku beli tiken tren ke Mid Valley. Sebab? Saja nak cuci mata window shopping. Bukan keluar duit byk pun. Then, aku dah sampai, aku terus pegi jalan jalan. Aku pegi kedai baju. Aku usha plak kwn aku kat Kenny Rogers tu, hahaha. Then aku pun pegi makan kat situ.

Aku order Quarter Meal, gravy original dgn tiga side dishes. Aku pilih Macaroni & Cheese, Coleslaw, dgn Aromatic Rice. Hahaha, aku pnah keje situ so aku tk pyh tgk menu pun aku tau, saja jea susahkan pekerja tu. Last last dia lupa tanya muffin flavour apa aku nk. Quarter Meal tu ada sekali muffin. Bole pilih flavour apa nak. Maybe dia pekerja baru, so gopoh la sikit, nak cepat habis jea. Hah nasib la. Then aku buat buat tanya muffin ada tak? Then dia segan, hahahha. Yes, kena. Reaksi dia dah kelam kabut sbb lupa tanya flavour muffin. Kalau tau katmanager, kena marah lettuww.

Aku pesan Iced Lemon Tea sbg cuci tekak. Hadohhh tekak nih dok batuk sibuk minum air sejuk. Okayy abaikan. Dlm 10 minit aku dapat makanan aku. Apa lagi, melantaklah. Lapar doo.

Then, adik aku msg. Dia nak McDonaldss. Hadohh, kena belanja la pulak. Alang alang tu aku beli sekali utk mak aku. Aku pun nak jugak hahahha dah melantak Kenny Rogers makan McD lagi. Mmg gemuk la aku kan kan. Pftt.

Balik tu aku suruh mak aku amik sebab aku dah penat jalan kaki. Alang alang dah mak aku balik keje, so aku suruhla dia amik.

Balik rumah, aku makan McD pulak. Wahhhh kenyang gilak. Malam aku dah tak mkn dah. Adik aku suka la tu org belanja. Time nak pape lembut je ckp. Huh.

Okay, stop citer pasal tu. Now aku berharap dapat la tawaran tu. So aku bole further studies aku and jadi orang yang berguna! Jyeahhh!~ :D

Okay la, aku pun dah penat menaip sambil baring. Lenguh tangan nih hah. So, okayy byee. Assalamualaikum w.b.t dan selamat beramal :P




dah baca kenalah komen kan? :D

4 comments:

adikiadikon said...

aku suke blog kau ^^

ain dzaya said...

hello budak lepas spm..
fes time singgah belog nie ^^



"Ain Dzaya | Tips jadi total hensem kekal selamanya.".

kim dong-yul's said...

adiki : heh, aku pun suka blog kau :P

kim dong-yul's said...

ain dzaya : heh, thx sudi singgah ke blog saya :D sorry late sbb mmg jrg update pun,

All Right Reserved. SyafiqJemain 2011-2012.