Wednesday, May 16, 2012

2 JUN 2012

Assalamualaikum semua. Bertemu kita lagi dalam rancangan.....(okay aku merepek)
First, now kan musim all '94s tgh sibuk urus sambung belajar kan. Ada yang pegi Form 6, universiti, matriks, dan lain lain. Sama jugak dgn aku :D Heh, alhamdulilah aku dapat kat UiTM alor Gajah, Melaka. Course Fotografi dan Pengimejan Kreatif.

Second, aku memamng sgt sgt bersyukur sebab aku dapat first intake, dan dapat apa yang aku mohon kat UPU hari tu. Tempat pun tak jauh sgt, so molek sgt lettuw. Dan, now aku dalam persiapan menghadapi hari hari di UiTM Melaka, jyeahhh!~

Tapi actually, barang barang apa pun tak beli lagi. aku baru uruskan hal PTPTN, print segala borang dan buat salinan semua apa yg dorang nak masa pendaftaran nanti. Hmm. Yuran dia pun agak mahal lah bagi aku. Memang kopak duit parents aku for this month. Tu tak pikir lagi belanja aku kat sana pulak. Haishhhh.

Dan, aku dgr dgr ada minggu Destini apa tah nnti masa first week kat sana. Dorg ckp (blog blog di internet) mme penatlah masa tu sbb byk aktiviti dan kena bangun awal semualah. Then, beriadah bagai. Err. Aku ni jenis suka duduk kat rumah (anak baik) ecehhh. Padahal malas.

Now aku kat rumah. Yup, minggu nih whole week aku kat rumah sahaja. Bukan di rumah nenek aku. Sebab nak memudahkan aku guna internet hahaha. Ye lahh mcmana nk search pape yg patut for universiti nanti. Kesian kat nenek aku. Aku call dia tadi pun macam sedih je dia. Aku faham. Sbb dari bulan Disember kot aku duduk dgn dia. Now dah bulan Mei. So kira la berapa bulan kann. So bila takde aku dia agak sunyi la jugak takde sape teman dia.

Nenek aku pernah ckp, kalau dia kaya dia buat universiti sebelah rumah dia jea hahaha. Kelakarlah. Kalau mcm tu bukan berdikari namanya embah. Aku panggil embah sebab aku ni keturunan Ja-worlds (Jawa) so faham faham lerr. Okay?

Dan, bukan tu jea, nanti aku akan berjauhan dgn family, dan juga kwn kwn aku. Hmm. Bila cuti semester je la kot jumpa. Tah tah bila ajak jumpa mula la keluar dialog, "Sorrylah aku busylah" "Sorrylah aku ada hal" "Sorrylah aku malas". Hmm.

Harap jangan lah mcm tu eh? Kita still kawan kan? Kan? Kan? *sep sikit*

Okay, now cerita pasal tadi. Medical checkup aku still tak buat. Tadi aku dah pegi dah HKL nak buat medical checkup tu. Tup tup dia kata kalau buat skrg, boleh tu boleh tapi result dia kuar lepas tarikh pendaftaran kemasukan U aku. Alahh org time daftar nak benda tu, kau suruh tangguh pulak. Apakah?

So aku suruh ayah aku call UiTM hotline. Then dorg ckp boleh buat medical checkup selepas 2, 3 minggu tarikh pendaftran sbb 2, 3 minggu tu mesti busy dgn aktiviti universiti. So dia taknak ganggu lah mcm tu.

Hmm. Nak pegi swasta punya tau la mmg mahal la kan? Kerajaan murah sikit, tapi mcm ni pula j adinya. Haishhhh nasib nasib.

So esok ayah aku ckp ayah aku off keje. So aku ikut je ayah aku. Kalau dia nak buat kat swasta, then aku okay jea sbb bukan duit aku hahahaha. Tapi aku taknak la jugak beban kan dia. aku dgr dgr swasta smpai RM60 kot. Hadohhh baik bagi aku beli topup, or beli brg brg universiti nnti hah lagi bagus.

Now aku sorang sorangkat rumah sebab ayah aku keje lepas pegi HKL tadi. Mak aku pagi pagi dah pegi keje. Adik aku td balik sekolah tukar baju pegi rumah kawan dia nak buat keje kursus sejarah and geografi. Heh, teringat time aku nak buat dulu. Payahh. Masa tu jugaklah mak aku beli kat laptop untuk aku dan adik aku (share jea dua org guna bukan mcm org lain sorang satu)

Okaylah, nak tgk Running Man ep. 7. Jom la tgk sekali!~ Ep.7 nih aku tak tgk lagi. Tapi yg lain semua dah tgk *bangga*

Okaylah, assalamualaikum w.b.t. Kalau ada typo tu maaf la yea. Sekian.

dah baca kenalah komen kan? :D

3 comments:

adikiadikon said...

tahniah syafiq~

Jane said...

Haha... Had a great time reading this... I'm a 94s too... And will be going to UiTM.. Totally can relate on this post... =)

kim dong-yul's said...

Thanks adib! :D

All Right Reserved. SyafiqJemain 2011-2012.