Tuesday, October 4, 2011

PMR :D

Assalamualaikum semua. Tadi bangun pagi je rasa malas nak pegi sekolah. Tapi kuatkan jugak semangat, pegi jgk. Ahh tak kira. Dushh dushh kau syaitannirrajimm. Haha. Okay. Dah mula dah merepek.

Hmm. Pegi je sekolah dah lmbt. Haha. Hari nih just berkumpul kat dataran perhimpunan tu jea. Selalu kat dewan kan. Tapi hari nih hari bersejarah buat budak budak berumur 15 tahun, iaitu PMR. ohhhhhh -__-

bila aku tgk dorg punya la study kan, aku teringatlah masa aku PMR dulu. 2 tahun dulu hehe. Bygkan, masa first day aku amik exam PMR masa tu, aku kena chicken pox! ohhhh tidakkk! nih semua daripada berjangkit dari adik sepupu aku kat kampung la nih. tapi tak sangka pulak nk kena time exam PMR. seriously malu gila time ut. time tu plak tgh hangat kes wabak H1N1. ingat lg tak? Aku ingat wooo.

Masa tu aku kena kuarantin kat bilik bawah. Haha. Bapak lawak. Masa nak beratur naik dewan peperiksaan tu, aku plak sorg sorg jea kena pegi bilik bawah tu. Semua dok terhendap hendap tgk sapekah gerangan manusia yg duduk dlm kelas bawah tu. Serius malu kot! Dari start exam PMR smpai habis exam aku duduk kat bilik tu.

Lagi satu, rehat. Aku tak boleh keluar lgsg dari bilik tu. Makan pun aku bwk bekal kot. Kesiankan aku? Ish ish ishhh.

Lepas tu, kwn kwn aku pun dok la tepi kelas tu kononnya bg kata kata semangat kat aku. Suruh sabar dgn semua yg menimpa diriku ini. Ahhhhh. Cukuplah. Padahal dorg dok mengusik aku jea.

Then, masa nk amik keputusan PMR tu, aku ingatkan dah lupalah. Rupanya dorg still ingat lg. Ohh -___-

Dan skrg, cerita tu pun dah 2 tahun kot. Tapi aku still lg ingat. Takpe. Bukan semua org rasakan pengalaman mcm tu. So aku "bertuah" lah nih? Haha lol.

Dan, lagi satu. Masa aku balik dari sekolah tadi, aku tgklah budak budak PMR semua dok sibuk study kat kantin. Uishhhh. Aku pun rasa tercabarlah. Yelah. SPM pun tak lama je lagi wehh. Bapak cuak doo. Mcmana la nnti kan? Nanti giliran aku pulak yg exam. Dorg nnti dah rest dah. Errr.

Hah! Lagi satu cerita. Aku dapat ajar kwn aku pasal Maths. Haha. Bukan nk berlagak. Tapi aku rasa aku tak pandai pun. Maths pun dpt B jea. Err. Tadi kwn aku ajak study sekali. So aku ajarlah dia.
Lepas tu ada lah kwn aku nih saja je usik aku dgn berkata.

" A'ahhh yea lahhh! Dah pandai, ajarlah org! "....

Tulah yang aku tak suka sekali. Mcm ^%^%*^*. Mcm merendah-rendahkan aku pulak. Dah la nada dan lenggok percakapan dia buat aku rasa mcm nak bagi sikit jea kat dia. Nasib baik perempuan. Ada gak mulut perempuan mcm tu. Aigoo -___-

Lantaklah. Buatlah apa yg korg suka. Aku tak bole nk tutup mulut sorg sorg. Aku pun tak bole buat sesuka hati aku jea. Tapi korg pun jgnlah buat sesuka hati korg jea.

Yang penting, aku nk study. Kau dah lah study sorg sorg. Uishh. Dah hebat la tu? Wow bravo aku ucapkan.

Haha. Tetiba masuk mode emo plak kan. Ahh lantaklah. Ini blog aku. Ehhh hahaha. Okay okay. Cool down syafiq. Tak lama je lagi. Sebulan lebih jea (opssss tak lama je lagi) -__-'

Okay peeps. Bye. Annyeong :D
Assalamualaikum w.b.t.

dah baca kenalah komen kan? :D

No comments:

All Right Reserved. SyafiqJemain 2011-2012.